sekilas bicara



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Orang-orang tua kita dahulunya banyak bijak dan pandainya. Malahan banyak jua tahunya. Malangnya warisan yang ditinggalkan tidak banyak pula diketahui oleh para pewarisnya. Iaitu kita sebagai generasi kini.




Mengapa ya?

Mungkinkah sukar difahami akan langgam bahasanya? Mungkin jua, dan mungkinkah jua akan peredaran zaman menjadikan warisan bangsa kita sudah tidak releven lagi? Kemungkinan. Besar kemungkinannya jua kerana sukar memahami bahasa tulisan yang ditinggalkan oleh datuk moyang kita dahulu.

Lupakanlah perkara itu semua dahulu.

Di ruangan blog firasat gerak anggota tubuh badan ini, saya mengambil kesempatan berkongsi dengan para sahabat sekalian akan satu warisan yang sangat saya minati ketika menemuinya. Iaitu warisan sastera akan ilmu firasat.

Magikal dan mistikal?

Tidak! Tidak! Tidak! Ia adalah merupakan salah satu dari cabang ilmu (terminologi) yang sangat popular di kalangan masyarakat kita. Iaitu firasat berkenaan tanda-tanda gerak geri anggota tubuh badan.

Boleh saya mulakan sekarang?